Pages

Thursday 28 June 2012

CONTEST "AWESOME BLOGGER" BY PSS SASEM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang tengah membaca ni..


TERHEBAT ! TERCANTIK ! 

Itu adalah tema untuk pertandingan blog tercantik anjuran Pusat Sumber SASEM , di bawah kelolaan F&M Crew ( Fotografi & Multimedia Crew )

 Mutiara Kata


 Nampak tak gambar kat atas tu? Ya ! Anda perlulah copy & paste kat atas tu kat blog anda. 


Dah buat? Oke,,sekarang ikut syarat-syarat nya ya..


Syarat-syarat : 
1) Follow blog PSS yang tak seberapa nie
2) Hias blog anda secantik nya.. sampai kami menangis tengok :') 
3) Harap blog anda tu taklah berat sangat. kalau loading lambat sampai kami tertidur tu,, memang markah kurang lah tapi bagi blog yang ringan + loading cepat,, markah bonus untuk anda. (line internet kami laju.. jangan risau..:)
4) Jawab soalan cipumas kami.. Senang je.. Makan kacang pun boleh jawab..
5) Kalau dah ramai sangat yang jawab betul,,susah juga kan nak pilih pemenang. so, anda kena reka slogan yang TERBAIK + SUPERB .. Oh ya ! Entry kasi gempak ok ! >.^
6) Opppss ! Lupa ! Anda mestilah buat satu entry khas bertajuk "CONTEST "AWESOME BLOGGER" BY PSS SASEM" dengan ayat-ayat anda yang SUPERB mengenai contest ini. TEMA entry anda WAJIB ' TERHEBAT ! TERCANTIK ! '


Soalan : 

1) Siapakah nama Pengetua Sekolah Menengah Sains Sembrong?

2) Siapakah Yang Dipertua PIBG ?

3) Apakah tindakan yang dilakukan Sekolah kita yang mendapat pujian oleh Tuan Haji Rosland Bin Hussein, Pengarah BPSBPSK sewaktu lawatan ke SASEM pada 14 Ogos 2011 dan Tuan Haji Mohd Nor Bin A.Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada 3 Oktober 2011?

4) Apakah Moto SASEM?

5) Nyatakan kebitaraan SASEM daripada aspek Sukan & Permainan , Persatuan,Kelab &Beruniform dan Akademik.

6) Berdasarkan bendera sekolah , apakah maksud latar belakang kuning bendera?

7) Nyatakan guru terawal di SASEM.

8) Nyatakan maksud ' Ikhsan Ilmu Khalifah' yang terdapat pada lencana.

9) Apakah Visi SASEM ? 

10) Bilakah SASEM mula beroperasi?


 Senang soalannya? Mestilah Senang !! 
Jawapannya ada di dalam blog ini juga. Kalau anda ada rujukan atau sewaktu dengannya, dipersilakan.

Pemenang akan di umukan di perhimpunan sekolah beserta hadiah. Hadiahnya apa?? shhhhh... Rahsia lah.. Blog anda juga akan dipamerkan mungkin bakal menjadi 'Famous Blogger' di SASEM ! 

Dah siap? Kalau dah selesai ikut syarat-syaratnya,, anda boleh tinggalkan link anda di komen yang di sediakan di bawah. 

TARIKH : 29.06.2012-28.07.2012

P/S : Kami tidak akan menyelongkar entry anda yang lepas-lepas tu.. Hanya entry mengenai contest ini sahaja. TQ :) 
*sebarang pertanyaan,, boleh bertanya di page kami (Brain Lab Of Sasem) di facebook.

Pertandingan MENULIS CERPEN / SHORT STORY

Pertandingan menulis cerpen atau short stories.....
ni la masanya untuk anda mengerahkan segala imaginasi dan menghasilkan cerita yang mampu WOW-kan cikgu2 di SASEM.

Kacang je....
utk cerpen- 300 hingga 1000 pkataan
utk short stories- 400 hingga 1000 pkataan

tema bebas, so you can let your mind fly whereever it wants.
make sure your stories are original .... jangan ciplak tau!!

... hantarkan cerita anda, bertulisan tangan, beserta nama dan tingkatan, kepada Atiqah Azuan 4 Khawarizmi sebelum 27 JULAI 2012......

cepat! jangan ketinggalan!!

Pertandingan PEMBACA TERBANYAK

pertandingan PEMBACA TERBANYAK!!

bagi anda yang memang gila novel atau buku cerita... sama ada BM atau BI.... ini peluang keemasan anda untuk dikenali seluruh SASEM.

Apa yang perlu anda lakukan cukup mudah.... baca sahaja segala bahan yang anda boleh capai, sama ada milik anda ataupun dari Pusat Sumber sendiri. Kemudian siapkan laporan dalam buku NILAM. Lepas itu, hatar pada guru kelas anda masing-masing.

Senang kan? Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan buku yang dibaca, tidak kira genre, bahasa atau jenis.

So apa tunggu lagi? Mula membaca!!

Wednesday 27 June 2012

AJK PIBG PENAJA



Penasihat
:
En Mohd Noh bin Hj Mohd Yussof
Ex Oficio
:
En Basir bin Ibrahim

:
En Mohd Adnan bin Mohd Aras

:
En Mohd Siddiq bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG
:
Tn Hj Rozali bin Jamali
Timbalan Yang Dipertua
:
En Azman bin Bachok @ Abdul Majid
Setiausaha
:
Cik Nor Mazida Yusof
Pen Setiausaha
:
Pn Siti Rohaiza Abd Wahab
AJK Guru
:
Pn Rosmawati Zainal

:
Pn Halilah Hassan

:
Pn Noor Azariyah binti Mohd Zin

:
En Zulfadhli bin Mohd Kamaludin

:
En Mohd Sukri bin Mohamad Nayan

:
Cik Mariana binti Najmudin
AJK Ibu Bapa
:
En Zulkiflee bin Aziz

:
En Musa bin Md Tahir

:
En Adnan bin Basar

:
En Mohd Rizal bin Abdullah

:
En Md Ikhwanuddin bin Misran

Kebitaraan SASEM

Kebitaraan di Sekolah Menengah Sains Smebrong :-

 

Takwim Sekolah

TAKWIM

Cikgu Terawal di SASEM

Berikut adalah guru-guru yang terawal berkhidmat di sasem :-

 


 

Tinta Pentadbir





Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahnya, saya berkesempatan untuk menukilkan citra,impian dan harapan saya bagi dikongsi bersama warga Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) yang saya hormati dan kasihi.
Pertamanya, syabas dan tahniah kepada semua warga SASEM yang telah menyumbang tenaga dengan penuh komitmen dan tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan. Tahniah dan terima kasih juga diberikan kepada pereka laman sesawang ini, Pn. Halilah Bt Hassan dan Cik Sarina Bt Ismail kerana telah berjaya menghasilkan satu laman sesawang yang cantik dan mendapat pujian dari pihak luar.
Sepintas lalu, sekolah ini telah diserahkan oleh kontraktor kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 29 April 2011, manakala saya telah mengambil alih pentadbiran di sini bermula pada 16 Mei 2011. Tindakan awal ialah memastikan kecacatan dan kerosakan perlu dilaporkan kepada kontraktor dan pihak Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Seterusnya menerima kemasukan peralatan dan mewujudkan imej sekolah seperti mencipta lencana, bendera, termasuklah mendaftarkan kod sekolah dan mewujudkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Kewangan.
Dalam masa yang sama, saya menerima kemasukan guru-guru dan kakitangan sokongan di mana merekalah yang menjadi tonggak dalam membantu hal-hal pengurusan dan mencipta gaya imej sekolah yang boleh dibanggakan seperti menghasilkan logo, nama rumah (sistem SBP) ,nama kelas dan sebagainya. Tindakan tersebut telah mendapat pujian oleh Tuan Haji Rosland Bin Hussein, Pengarah BPSBPSK sewaktu lawatan ke SASEM pada 14 Ogos 2011 dan Tuan Haji Mohd Nor Bin A.Ghani, Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada 3 Oktober 2011.
SASEM melihat kesempurnaan sekolah bukan sekadar indahnya bangunan, tetapi warga yang mengisinya juga perlu mempunyai nilai tambah khasnya dari sudut ilmu pengetahuan dan pengalamannya. Sehubungan itu, dua aktiviti khas yang telah dilaksanakan seperti perkongsian dan jalinan antara SK Sri Lalang dan Student Integration Academic Programme bersama Sekolah Menengah Sains Johor. Kedua-dua program itu telah memberi impak yang besar kepada guru-guru SASEM. Tahniah kepada Unit Bimbingan & Kaunseling yang diketuai oleh Cik Nor Mazida Bt Yusof dan En Mohamad Rafi Bin Mohd Isa dan semua guru yang terlibat iaitu En. Mohd Syamsul B Saliman, Cik Sarina Bt Ismail, Pn. Siti Sarah Bt Zulkifli, Cik Nurul Jannah Bte Zulkefly, Cik Noor Aisha Bt Zamri ,Cik Rohasni Bt Roslan dan Pn. Halilah Bt Hassan serta guru-guru lain yang terlibat.
Alhamdullilah, dari pemerhatian saya, semua warga SASEM telah menghayati dan mengerti konsep dan reality sebuah sekolah SBP. Tekad dan keinginan bagi membuktikan kehadiran mereka tidak sia-sia, menjadikan saya berbangga dan menerima mereka dengan hati yang terbuka. Tahniah dan terima kasih! Kerajinan dan komitmen anda aspirasi saya untuk menjadikan SASEM sebuah sekolah impian rakyat dan negara. Justeru itu, konsep X-Plus menjadi pegangan dalam merealisasikan visi dan misi sekolah.
Akhir kalam, harapan saya semoga sesi persekolahan tahun hadapan akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkat kualiti dan profesionalisme yang menuntut kepada perubahan paradigma dan anjakan kualiti minda yang tinggi bagi menjamin SASEM mencapai sasaran memperoleh semua A dalam PMR 2013 dan SPM 20% A1 dan 80% A dalam semua mata pelajaran. Buat warga SASEM semua, terima kasih atas segalanya dan kehadiran anda semua akan menjadikan sekolah ini antara sekolah terbaik antara SBP yang lain.

Sejarah Penubuhan

Pada tahun 2008, penubuhan Sekolah Menengah Sains Sembrong telah dicadangkan oleh Dato’ Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein, di kawasan Parlimen Sembrong dengan lokasinya di Jalan Padang Tembak, Kluang Johor. Walaupun lokasi tersebut dikatakan sukar untuk dimajukan kerana dipenuhi hutan dan masih lagi belum diterokai, pembinaan sekolah ini tetap dijalankan dan bermula pada bulan Oktober 2008.

 



Pada Ogos 2010, sekolah ini siap dibina dan penyerahan bangunan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilakukan pada 15 April 2011. Sekolah ini mula beroperasi pada bulan Jun 2011 dengan kedatangan 5 orang guru perintis

Lencana Sekolah


LENCANA SASEM :)

 

Bendera SASEM


BENDERA SEKOLAH

Moto & Falsafah SASEM

MOTO SEKOLAH 

 


FALSAFAH SEKOLAH 

Tuesday 26 June 2012

Visi dan Misi SASEM

VISI SASEM
  
Sekolah Menengah Sains Sembrong menjadi sekolah berasrama penuh terunggul dalam akademik , kokurikulum dan salsiah


MISI SASEM

1 ) Menyediakan guru-guru dan pelajar yang berkemahiran tinggi mengikut bidang
2 ) Membina warga sekolah yang mengamalkan nilai murni
3 ) Membina warga sekolah yang mempunyai kepercayaan dan keazaman yang tinggi untuk mencipta kegemilangan diri , sekolah , negara dan agama
4 ) Melaksanakan sistem pengurusan serta pemantauan yang berkesan dan berkualiti mengikut ISO kebangsaan
 
 

Monday 25 June 2012

Kami dah berhijrah!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca....

Untuk makluman semua.... blog PSS SASEM telah ditukar secara rasmi kepada laman cunn yang sedang anda lihat ini!! Cantik tak?? Semua gara-gara salah satu admin (Eyda) yang TER-lupa password kami.

#huh... buat sakit hati je....

@SyamSASEM