Pages

Saturday 15 September 2012

Malam Ambang Merdeka SASEM

Pada 30 Ogos 2012,Sekolah Menengah Sains Sembrong telah mengadakan Malam Ambang Merdeka kali pertama di Dewan Khalifah SASEM.Majlis ini bermula pada pukul 9 malam.Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyambut kemerdekaan Malaysia kali ke-55.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis.Kemudian,disusuli dengan bacaan doa.






Selepas itu,tibalah ucapan daripada pengetua SASEM,En.Mohd Noh bin Hj. Mohd Yussof.Beliau telah menasihatkan semua warga SASEM agar bersatu padu dalam mengekalkan kemerdekaan negara seterusnya berusaha meningkatkan prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum agar SASEM terus maju dalam kelompok SBP di Johor.


Selepas ucapan daripada tuan Pengetua,warga SASEM telah disajikan dengan tayangan multimedia bertemakan Hari Kemerdekaan yang dicipta oleh  murid-murid tingkatan 4 yang kreatif dan inovatif.Tayangan multimedia ini berkisarkan pengorbanan tokoh Malaysia,Tuanku Abdul Rahman al-Haj (dilakonkan oleh Syafiq Osmera) dalam mencapai kemerdekaan negara dan pengorbanan rakyat (dilakonkan oleh murid-murid tingkatan 4) dalam memastikan kemerdekaan Tanah Melayu dapat digapai.

Guru-guru dan murid-murid terhibur menonton tayangan multimedia yang ditayangkan








Kemudian,majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian zapin serta tarian Satu Malaysia daripada murid-murid SASEM.Persembahan mereka mendapat tepukan yang gemuruh.




Selepas persembahan,warga SASEM diberi peluang untuk menonton filem Bukit Kepong.Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam.Filem tersebut terpaksa dihentikan segera supaya warga SASEM dapat berkumpul di hadapan Dewan Khalifah untuk meyambut Hari Kemerdekaan.Angka dihitung dan MERDEKA ! Jeritan warga SASEM bergema di pekarangan Dewan Khalifah.




Percikan bunga api mewarnai malam merdeka di SASEM


Pengalaman menyambut Hari Kemerdekaan kali pertama di SASEM merupakan sejarah yang manis buat guru-guru dan murid-murid.Itu sahaja yang dapat PSS SASEM kongsikan bersama anda.Sekian,terima kasih.